Thursday, January 3, 2008

Tujuan sebenor benornya blog music ini dihasilkan

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator






Bertemu kita sekali lagi didalam ruangan blog ini....

Ya, memandangkan blog ini masih baru lagi, maka saya amat2 mengalu-alukan cadangan dari para pembaca semua untuk meningkatkan lagi mutu blog ini. (yelah, tarikh blog pun baru lagi, Januari 2008) Saya pun bukannya pandai pun bina blog, ni antara blog saya yg terawal, so memang mengharapkan tunjuk ajar daripada rakan bloggers yg lebih senior. :)

Okaylah, memandangkan (baper kali memandang daa...) juga ini adalah sebuah blog music, maka saya amat menggalakkan jika ada pembaca yg ingin music kegemaran mereka di paparkan disini, sila postkan cadangan kepada saya. Ataupun lebih baik lagi, jika para pembaca sekalian ada link dia & lirik dia siap2, maka saya boleh terus je "paste" kan kat sini untuk tatapan semua.

Lupa plak nak terangkan apakah konsep blog music saya nih... Okay, ini dia, blog saya ni adalah tempat untuk sesapa saje menghantarkan cadangan lagu kegemaran yg dia minat (apa2 lagu jelah, lagu English ker, lagu BM ke, lagu Cina ke, lagu Hindustan ker. rock ke, alternative ker, grunge ker, zapin ke, balada ke, apa je pun boleh, janji lagu) DAN lagu tu SEHARUSNYA boleh ditranslatekan (diterjemahkan) dalam bahasa Melayu. (tu sebab nama blog ni pun ialah www.translatelagu.blogspot.com) so ni kira untuk terjemah lagu la nih.

Kalo nak bagi lagu bahasa lain ke bahasa lain pun boleh, tapi buat permulaan, keutamaan diberikan kepada mentranslatekan lagu English ke BM, yelah dah saya tahu 2 bahasa je, English dan BM je, kalo saya tahu bahasa lain, boleh buat untuk bahasa lain). So, tu sebab saya meminta bantuan daripada para pembaca sekalian, jikalo ada lagu yg korang nak disiarkan disini, katalah lagu Cina ke, maka korang kenalah tolong mentranslate kan lagu tu sbb dah bahasa Cina saya tak reti. :) Saya tahu bahasa Cina pun, tahu nak cakap "Wo Ai Ni" je, yg lain tak tahu. :)

So, tujuan saya buat blog music translation ni ialah, saya nak mengajar saya & juga para pembaca memahami Bahasa English dengan lebih elok lagi, sbb saya juga masih belajar English lagi, so dengan cara memahami lirik lagu English, ia sedikit sebanyak dapat membantu didalam vokabulari English kita. Bagi saya, untuk belajar English ni, antara cara yg terbaik ialah dengan mendengar lagu English yg kita suka, kalo dah suka, barulah kita berminat nak tahu apakah maksud yg dibawakan oleh lirik lagu tu, betul tak?

Saya tahu ramai yg kat luar sana yg meminati lagu English, tapi kekadang tu, tak faham maksud dia apa, tul tak? (saya pun 2 X 5 jugak, kekadang tak baper faham apa yg penyanyi tu dok nanyikan, lagi2 lagu rap, mencecet je laju mcm peluru) tahu nyanyi je, janji sedap didengar kat telinga, nyanyi je lah (kadang2 lirik pun tak betul, pakai belasah je sebut, janji melodi dia tu ada) . So, dengan adanya blog ini, diharapkan dapat menambahkan kefahaman korang dalam apakah erti sebenar yg dibawakan oleh lirik lagu tersebut. Sebab lirik lagu ni, kalo dikaji balik, memang ada membawa ertinya yg tersendiri, so pada masa yg sama, boleh belajar Bahasa English, kan dapat ilmu tu. So lain kali bila nyanyi lagu kegemaran korang, sekurangnya korang faham le apa yg disebutkan oleh lagu tu.

So, mana yg saya mampu translate, saya translatekan ler, English saya pun masih lagi ditahap pembelajaran lagi, banyak lagi vocab yg masih saya tak tahu, tu sbb diharapkan para pembaca boleh menyumbang sekali khidmat yg diperlukan.
So mcm tulah citernya lebih kurang...

3 comments:

azurerin said...

bila nk update ni?
hari tu ada tanya my link kan..
so do link me..

http://azurerin-pov.blogspot.com

blog on entertainment review (asian drama n movies, tv series, movie etc..)

Joey Muzik said...

Yosh,
Mintak maaf kepada para pembaca blog sekalian kerana Joey Muzik skang ni tgh sibuk ckit buat muzik disamping mencari muzik2 yg best utk dimautkan disini. :)
Dan ucapan Tahniah diberikan kepada Cik Azurerin kerna menjadi pelawat blog yg pertama utk meninggalkan komen. Tahniah, tahniah.
Kita tunggu sedikit masa lagi utk update yg terkini daripada blog "translate lagu" nih.

Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

Prettу nice pοst. I just stumbleԁ upon your
weblog anԁ ωanted to saу that I havе really enjoyеԁ bгoωsing youг blog posts.
In any сase I'll be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

Look into my webpage - payday loans no credit check
my site :: payday loans no credit check