Wednesday, March 5, 2008

Lagi lagu yg best utk ditranslatekan

Ya..
Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua muzik bloggers yg membaca ruangan kali ini. Ya, pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana tak sempat nak mengupdate blog ini, kerana sibuk dengan tugasan seharian. Namun, demi untuk tidak menghampakan para pembaca blog semua, saya sajikan satu lagi video khas yg ditranslatekan daripada bahasa Tamil atau Urdu, (saya kurang pasti) ke Bahasa English. Ya, tontonilah video ini dan perhatikan lirik translation nya...




P/S:Di video muzik yg akan datang, jika saya berkelapangan, baru lah saya akan kembali mentranslatekan lagu seperti biasa, sementara tu, dengarkanlah video ini & lihatkan "translation" dia

Monday, February 11, 2008

Babak "sedih" daripada Drama "Legend of Condor Hero"

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua,
Ya, dah puas dah pergi makan limau? ang pow dapat baper banyak? haa, Tahun Baru Cina ni masih lagi terasa bahangnya walopun ramai yg dah balik ke pejabat balik, so utk melengkapkan lagi blog muzik ni, saya letakkan satu video khas daripada citer "Legend of Condor Hero" (rasa dulu citer ni penah kuar tv kot?) apa2 pun, kali ni lari skop skit ler, sbb kali ni bukan nak translate lagu tapi nak translate drama Cina (tapi bahasa yg diorang sebut tu tak dengar pulak mcm bahasa Cina, mcm ada lorat bahasa Vietnam ke apa, Saya pun tak tahu..) tapi jangan risau, sbb untuk video kali ni, seperti video muzik Korea yg sebelum ni, dia dah siap translate dah, so tak payah ler saya nak mentranslatekannya lagi, so dengar-dengar & faham-fahamkanlah... :)

P/S:-Amaran keras!!! , sesiapa yg tergolong didalam kategori dibawah adalah DILARANG SAMA SEKALI daripada menonton video "sedih" Legend of the Condor Hero nih:
1) Sesiapa yang mudah senak perut, jangan tengok video nih, takut nanti bertambah senak perut anda!!!
2) Sesiapa yang baru lepas makan
3) Sesiapa yang mengidap penyakit asma / lelah / semput kerna dikhuatiri anda tidak akan dapat bernafas dengan secukupnya ketika / setelah melihat video ini !

Jadi, kalo ada diantara anda para pembaca semua yang tergolong didalam golongan diatas, anda dinasihatkan supaya jangan menonton kisah "sedih" daripada drama "The Legend of Condor Hero" ni... (tapi kalo nak tengok jugak, lantak pi ler)
DAN
sebelum tu juga, sebelum anda tengok video ni, pastikan para pembaca / muzik bloggers buat satu ruang luas disekitar kawasan komputer / PC anda sebab nanti nak gelak bergolek, senang... takut nanti terlanggar plak monitor komputer tu.... kang nanti terpaksa "melengkapkan komputer" plak kejenya (kalo tak faham, anda memang kena tengok video sedih ni baru anda faham) :)

Okay semua dah ready? saksikanlah babak "sedih" daripada "Legend of Condor Hero"



Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda selepas menyaksikan video nih

Friday, February 8, 2008

Lagu Duet Korea

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Ya, di Malaysia sekarang ni, masyarakat Cina baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina dengan Tahun Tikus. Saya pun mintak maaf sebab tak sempat nak mengupdate blog translate lagu nih, yelah, mana nak layan gi open house lagi, nak layan makan limau lagi, nak layan peminat lagi :)... Okaylah, baru baru ini ada dikalangan music bloggers kita yang meminta lagu I Fell in love with the DJ, nanyian Chenelle, tapi saya tak berpeluang lagi nak translate lagu tu, tapi takpe, akan saya usahakan di post yg akan datang selepas ini... sementara tu, sempena Tahun Baru Cina ni, kita dengarkan sebuah lagu Cina yg secara automatiknya telah ditranslatekan ke Bahasa Malaysia. (takyah saya penat2 translate, dia dah translate dah) , maka dengarkanlah lagu nih....

P/S:-Inilah agaknya yang berlaku apabila orang Korea cuba nak cakap Bahasa Malaysia. Siap ada campur loghat Kelantan lagi tuh... :)

Friday, February 1, 2008

Over You - Chris Daughtry

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua, baik yang berada di bumi atau diangkasa lepas. Yelah, kan kita dah ada angkasawan kita, so kalo masa ni, dia ada kat angkasa lepas, kena tuju kat dia gak. Ahakzzz :)
Okaylah, ni lagu ke -5 dah, dan hari ini kat Malaysia, ialah hari cuti umum iaitu Hari Wilayah. So sambil-sambil sambut Hari Wilayah tu jom ler kita mengkreatifkan otak kita dengan men translate lagu atau menterjemah kan lagu pada hari ini iaitu Over You nyanyian Chris Daughtry. Ni pun antara lagu favorite saya.. so kalo anda ada lagu yg hendak ditranslatekan, jgn segan silu untuk mengemukakan cadangan anda disini, ok? okay, dengarlah "Over You" dendangan Chris Daughtry.
Dan seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, kalau para music bloggers semua hendak menyanyikan semula lagu ini didalam translation Bahasa Malaysianya, maka, korang kena mainkan sekali lagu asal ni (iaitu dalam Bahasa Englishnya) (alah, tekan je balik butang "Play" tu), kalo tak, nanti lirik yang korang nyanyikan tu akan ter"lari", sebab korang nanti tak tahu bila "cue"nya untuk kita sebut sesuatu lirik itu. Saya sendiri dah cuba, try, test nyanyi TANPA lagu, tapi nanti lirik yg kita sebut dalam Bahasa Malaysia tu akan "lari" dan tak masuk dengan lagu. So, kalo nak cuba nyanyi dalam Bahasa Malaysia, tekan dulu butang "Play" tu dan nyanyi, baru lirik tu akan masuk dengan sinonimnya dengan lagu nya yang asal. Cubalah, try sekarang, memang lirik nyanyian Bahasa Malaysia anda akan "masuk"(tak lari) bila di "Play"kan sekali dengan lagu asalnya. Try it now!!!



Atasi Mu - Chris Daughtry

Dah semuanya selesai
Ku tak sangka kau begitu
Memperdayakan aku
Macam rumah lama yang usang

Kau berlalu pergi
Tinggalkan aku sendiri
Aku jatuh terhempas
Sungguh kau permainkan aku

Chorus
Ku tak perasan langsung
Patut dah "chalo"
awal awal lagi
Ku tak pernah sangsi
tanpa dirimu
lebih dari yang kau tahu

perlahan ku tutup
rasanya dah habis
ku banyak dah 'sembuh'
mengumpul cebisan
bertahun lama
me"repair" balik hatiku
Ku ingat ku takkan sembuh
(Ku) dah atasi mu !!!

Kau bawak tukul ke dinding
mengingatkan nostalgia
kau kemas bag dan belah
Aku pun diam terpaku

kau hempas pintu rapat
Kebenaran terserlah
barulah aku perasan
Kau memang bukan untuk ku

Ku tak perasan langsung
Patut dah "chalo"
awal awal lagi
Ku tak pernah sangsi
tanpa dirimu
lebih dari yang kau tahu

perlahan ku tutup
rasanya dah habis
ku banyak dah 'sembuh'
mengumpul cebisan
bertahun lama
me"repair" balik hatiku
Ku ingat ku takkan sembuh
(Ku) dah atasi mu !!!

Ku tak perasan langsung
Patut dah "chalo"
awal awal lagi
Ku tak pernah sangsi
tanpa dirimu
lebih dari yang kau tahu

Ku tak perasan langsung
Patut dah "chalo"
awal awal lagi
Ku tak pernah sangsi
tanpa dirimu
lebih dari yang kau tahu

perlahan ku tutup
rasanya dah habis
ku banyak dah 'sembuh'
mengumpul cebisan
bertahun lama
me"repair" balik hatiku

wowooah wowooaah
me"repair" balik hatiku

wowooah wowooaah
(Ku) dah atasi mu !!!

wowooah wowooaah
(Ku) dah atasi mu !!!
(Ku) dah atasi mu !!!

Ku ingat ku takkan sembuh
(Ku) dah atasi mu

Saturday, January 26, 2008

Dream Lover - Mariah Carey

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Ya,
Selamat datang saya ucapkan kepada semua, sekarang, sedar tak sedar, kita sudah sampai ke lagu yg ke 4 (hey, cepatnya)... kali ini saya akan bawakan anda satu lagu yg hebat satu ketika dahulu, memang best lagu ni, dengan iramanya yang bersahaja jer. Tajuk lagu ini ialah "Dream Lover" dendangan Mariah Carey. Apa yg saya suka sangat mengenai lagu ni, selain daripada iramanya yg best ialah tarian seirama yg di tarikan oleh model-model di dalam video clip ini. Serentak dan nampak sehati dan seirama. (macam sehati berdansa) Memang cool cara diorang menari.
Ok, ini dia "Dream Lover" dendangan Mariah Carey



Dream Lover - (Kekasih Impian)
huuuuu... heeeewoooo...
tuu tu tu tu tu tu tu.... baby
tuu tu tu tu tu tu tu .... baby

Oh Yeah

Kasih berikanlah aku
Cinta yang kekal selamanya
Kasih ceriakanlah aku
Bawa ku kesana... kasih, Oh yeah, yeah

Ku perlu yang memahami
segala isi hati ini
untuk membelai diriku
sepanjang malam
ke subuh
Bawalah ku ke sana

(Chorus)
Selamatkanlah aku
ke atas, ke bawah
bawaku kemana saja sekarang
Ku perlukan dirimu
Hadirlah disisi
Selamanya dengan dirimu, Kasih

tu tu tu tu tu tu

Dengan mu, Kasih

Ku tak mahu yang penipu
berlakon dan membohongi ku
memberi janji yang palsu
permainkan aku (no no no no no baby...)

Ku perlu tempat bergantung huhuhuuu....
Cinta yang utuh, kekal setia
Ku ingin jadi milikmu
Tiap hari
hidupku
selalu
Bawalah ku ke sana

Selamatkanlah aku
ke atas, ke bawah
bawaku kemana saja sekarang
Ku perlukan dirimu
Hadirlah disisi
Selamanya dengan dirimu, Kasih

tu tu tu tu tu.... hoowoo yeah
tu tu tu tu tu
tu tu tu tu tu

Kasih bawa ku kesana... yeaaah...

Selamatkanlah aku
ke atas, ke bawah
bawaku kemana saja sekarang
Ku perlukan dirimu
Hadirlah disisi
Selamanya dengan dirimu, Kasih

Yeah... tu tu tu tu tu wowowowo

Ku perlukan dirimu
ke atas, howowowow...

Hadirlah disisi
Selamanya dengan dirimu, Kasih


Haa.. saya dah translate lagu ni biar sebutan dia boleh masuk dengan irama asalnya. So cubalah playkan balik lagu diatas dan cubalah nyanyi. Disamping tu, anda akan tahu apakah maksudnya lebih kurang... Ingat, jika anda ada lagu kegemaran anda yg anda hendak ditranslatekan, subsribe sahaja dengan mengisi e-mail anda dikotak kat atas kanan tu & lepas dah subscribe, tinggalkan komen / cadangan anda dibawah post ini. Saya hargai segala komen / cadangan anda...

Monday, January 21, 2008

The Sweetest Thing - U2

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Ya... Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca semua. bertemu lagi kita di ruangan blog Translate Lagu... ya, blog yg cukup hebat pada alaf ini . (ahakzz... Sori ler, sapa lagi nak angkat baldi kalo bukan diri sendiri, ye tak?)

So, kali ini kita dah sampai ke lagu kita yg ke 3 iaitu lagu "The Sweetest Thing" dendangan U2. Huh, Lagu ni memang ler best sbb irama dia yg bersahaja (ataupun dalam bahasa Omputeh, casual je irama dia) tak terlalu slow, tak terlalu rancak... lirik dia pun ada maksud tersendiri, saya pun tak baper faham sgt lirik dia, tapi translate jelah... kang kalo ada silap tu, diharap pendengar semua dapat memperbetulkan saya, ok?

Kali ini, berbeza dengan dahulu, saya cuba translatekan lagu ini kepada Bahasa Malaysia, tapi pada masa yang sama, saya cuba untuk mengekalkan irama / melodi lagu tersebut supaya, bila lagu ni dah translate jadi BM pun, para pembaca akan dapati bahawa lagu ini masih boleh dinyanyikan dengan menggunaka irama asal tanpa banyak "lari". So, ni kira susah ckit sbb nak cari perkataan yang sesuai pada masa yang sama tidak mengganggu irama lagu tu terlalu banyak.

Macam lagu yang sebelum sebelum ni, saya pakai translate jer tanpa memikirkan samada irama dia akan "masuk" atau tidak, so kali ini, saya nak supaya terjemahan itu sedikit sebanyak masih dapat mengekalkan iramanya. "lari2" skit tu normal lah :)

So, nanti dah translate ke Bahasa Malaysia pun, masih boleh nyanyi ikut irama asal, tu yg best tu, Ok, saya cuba buat, okay? kalo para pembaca ada ayat / perkataan yg lebih sesuai sila postkan komen anda dibawah ini, ok?

nanti cuba ler nyanyi depan kengkawan dalam Bahasa Malaysia lagu "The Sweetest Thing" ni, nanti mesti diorang pun pelik.. eh mana ko dapat lagu "The Sweetest Thing" dalam BM ni? haa, kan kelas gitu..

Ok, ini dia, "The Sweetest Thing" dendangan U2






The Sweetest Thing - U2 (Yang terindah)

Ku dicampak macam bola getah
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia takkan selamatkan ku
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia punyai awan yang cerah
Tapi awanku mendung
Dia sukakan cinta yang "kering"
Oh Oh Oh, Yang terindah

Kau kian hilang
Kau kian hilang
Cinta nan terindah

Ku nak lari, dia paksa ku merangkak
Oh Oh Oh, Yang terindah
Api kekal, ku jadi jerami
Oh Oh Oh, Yang terindah
Mata hitamku terbakar
Khas untuknya
Cintaku ialah cinta buta
Oh Oh Oh, Yang terindah

Kau kian hilang
Woo ho ahhh...Kau kian hilang
Cinta nan terindah
Cinta nan terindah

Aahey aaaah, aaa heyy

Budak laki jumpa budak pompuan
Oh Oh Oh, Yang terindah
Kau boleh "jahit",
tapi masih "koyak"
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia punyai awan yang cerah
Tapi awanku mendung
Cinta kita kerap "tengkujuh"
Oh Oh Oh, Yang terindah

duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu

duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu

duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu

Oh.. Yang terindah
Oh.. Yang terindah


Hush, memang best!!! Tak caya, cuba korang mainkan balik lagu ni, (tekan je balik butang "Play" kat atas tu TAPI kali ni, tengok lirik yang Bahasa Malaysia punya, pada masa lagu itu dimainkan, cuba anda nyanyi pulak dalam Bahasa Malaysia mengikut lirik yg disediakan. Memang irama /melodi dia "masuk" sebab saya dah cuba utk terjemah tanpa "lari" banyak sangat. So, inilah hasil dia... nak nyanyi dalam Bahasa English pun best, nak nyanyi dalam Bahasa Malaysia pun best... tak caya? korang kena cuba try test sekali baru tahu jadi tak jadi !!!

Thursday, January 17, 2008

HOT - Avril Lavigne

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Yosh,
Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pendengar semua. eh pendengar plak, yelah betul ler pendengar sebab memang ada muzik video pun kat dalam blog ini yang anda boleh dengar... so betul lah kan? :) okaylah, banyak lak mencecetnya si Joey Muzik ni,

Okay, Memandangkan saya tidak berkesempatan tempohari tu untuk mengupdatekan blog saya, maka saya dengan bangganya akan meletakkan sebuah lagi lagu demi mengganti kegersangan post semenjak 2 menjak ni... baru tadi saya dah letak lagu Transformers, so sekarang ni, saya letak satu lagi lagu, khas untuk pendengar & pelihat semua. (ni kira ganti balik le ni)

Lagu kedua yg akan saya translatekan pada kali ini pula adalah bertajuk "HOT", dendangan Puan Avril Lavigne. (ye "Puan" sbb dgr ari tu kata dia dah kawin, serius)

Pada yg belum pernah dengar lagu HOT dendangan Puan Avril ni, lagu ni memang best sebab irama dia tak terlalu rancak dan jugak tak terlalu slow. Best ler lagu ni, antara lagu kegemaran saya.

Tak kisah ler Avril, ko dah kawin ke belum ke, yg penting ko masih lagi HOT. Okay, kita tonton lagu HOT ni dan perhatikan lirik English & translation Bahasa Malaysianya. Rock On Dude !!!

Perhatian !!!
Ehhh eehh ehhh jap, tapi sebelum tu, bebudak semua, jgn tengok muzik video & lirik lagu "HOT" ni sbb dia ada unsur 18-SX ckit, so kalo nak tgk gak muzik video & lirik dia, mintak kebenaran mak bapak korang, mak bapak korang kasi baru boleh tgk tau... Disini saya just nak mentranslatekan maksud lagu ni, sbb ni mmg antara lagu kegemaran saya, irama dia sedap... so jangan terikut-ikut dengan lirik dia tau... tak elok tau.. Ha yang dah besar panjang pun sama, (besar panjang maksudnya besar dah tua ler, jgn ingat lain tau) jangan nak terikut-ikut lirik dia tau.... (tau takper), okay dah, sekarang, mari kita dengarkan lagu hot nih...



Lirik Bahasa Malaysia
HOT - Avril Lavigne

Aaaaa.aaaaaaaa

Kau sungguh baik, Kasih, Kasih

Ku nak kurung kau dalam almari, bila tiada orang
Ku nak tanganmu dalam poketku, aku benarkan
Ku nak tolak kau ke penjuru, cium kau senyap-senyap
Ku nak macam ni selamanya, ku cakap kuat

dah masuk, takleh keluar

(Chorus)
Kau buat ku "PANAS"
Rasa nak jatuh
Engkau mengarut
tak leh berhenti
susah nak nafas,
Kau buat ku nak jerit
Kau sungguh "power"
Kau sungguh baik Kasih, Kasih
Kau sungguh baik Kasih, Kasih

Ku boleh buat kau rasa lebih elok, biar je lah
Ku boleh tunjukkan kau tempat yang kau tak pernah pergi
Ku boleh buat kau cakap apa sahaja yang kau tak pernah cakap
Ku benarkan kau buat apa sahaja, lagi dan lagi

Sekarang kau dah masuk, kau takleh keluar

(Chorus)
Kau buat ku rasa "PANAS"
Rasa macam nak jatuh
Kau ni sungguh mengarut ler
Aku tak leh nak berhenti
Rasa susah nak bernafas
Kau buat ku nak menjerit
Kau sungguh menakjubkan
Kau sungguh baik hati pada ku, Kasih, Kasih
Kau sungguh baik hati pada ku, Kasih, Kasih

Ciumlah aku perlahan-lahan
Selalu ku tahu
Peganglah daku, cintailah daku
Janganlah pergi
Ohh Yeah yeah

Kau buat ku rasa "PANAS"
Rasa macam nak jatuh
Kau ni sungguh mengarut ler
Aku tak leh nak berhenti
Rasa susah nak bernafas
Kau buat ku nak menjerit
Kau sungguh menakjubkan
Kau sungguh baik hati pada ku

Kau buat ku rasa "PANAS"
Rasa macam nak jatuh
Kau ni sungguh mengarut ler
Aku tak leh nak berhenti
Rasa susah nak bernafas
Kau buat ku nak menjerit
Kau sungguh menakjubkan
Kau sungguh baik hati pada ku, Kasih, Kasih
Kau sungguh baik hati pada ku, Kasih, Kasih

Kau sungguh bagus

Haa, amacam, bila dah tahu maksud lirik ni, barulah terfikir "lor, ini rupanya maksudnya", okaylah, mcm saya cakap tadi, jgn terpengaruh dengan lirik dia tau, kita nak dengar melodi dia dan fahamkan maksud dia, okay? we're cool...

So, kalau ada nak komen apa2, sila lah komen, saya hargai segala komen yg anda berikan

Transformers - Black Lab

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Ya ini dia, lagu yg pertama sekali didalam blog ini yg bakal ditranslatekan dengan jayanya iaitu lagu "Transformers" yg dipetik daripada movie "Transformers" yg baru je ditayangkan kat pejabat pos dalam bulan Julai tahun 2007.

Lagu ni mmg "kick ass", antara lagu kegemaran saya sebab saya pun minat Transformers, so patutlah lagu ni yang akan membuka tirai bagi www.translatelagu.blogspot.com ni

Tajuk lagunya ialah Transformers didendangkan oleh Black Lab !!! Rock on dude!!!

So dengarkanlah dan amatilah translationnya. Enjoy !!!



Transformers - Black Lab
(English)

Transformers

Something evil's watching over you
Comin' from the sky above
And there's nothing you can do

Prepare to strike
There'll be no place to run
When your caught within the grip
Of the evil Megatron

Transformers
More than meets the eye
Transformers
Robots in Disguise

Strong enough to break the bravest heart
So we have to pull together
We can't stay worlds apart

To stand divided we will surely fall
Until our darkest hour
When the light will save us all

Transformers
More than meets the eye
Transformers
Robots in Disguise
Transformers

Autobots wage their Battle
To destroy the evil forces
Of the Decepticons

It's judgment day and now we've made our stand
And for now the powers of darkness
Have been driven from our land

The Battle's over but the war has just begun
And this way it will remain til the day when we are one

Transformers
More than meets the eye
Transformers
Robots in Disguise
Transformers

Autobots wage their Battle
To destroy the evil forces
Of the Decepticons




(Bahasa Malaysia)

Petukar - Makmal Hitam??
Okaylah, okaylah, :) Nama2 khas saya tak translate ler sbb nanti nampak kelakar pulak, so biarlah (Transformers - Black Lab) jadi (Transformers - Black Lab) jugak, (tak bertukar) walopun dia boleh bertukar... pening? :), okaylah, ini dia terjemahan Bahasa Malaysia nya... jeng, jeng... dah ready? ok, nyanyi kuat2 ramai-ramai!!!

Transformers

Sesuatu yg jahat sedang memerhatikan anda
Ia datang daripada langit di atas
Dan anda tidak boleh berbuat apa-apa

Bersedia untuk serang
Tiada tempat nak lari
Apabila anda digenggam
oleh si jahat Megatron

(Chorus)
Transformers
Lebih daripada yg dijangkakan
Transformers
Robot yg sedang menyamar

Cukup kuat untuk melemahkan semangat yg waja
jadi kita kena bersama
Kita tak boleh berjauhan

Bercerai kita roboh
Sehingga ke masa yg paling genting
Apabila cahaya akan menyelamatkan kita

(Chorus)
Transformers
Lebih daripada yg dijangkakan
Transformers
Robot yg sedang menyamar

Autobots memulakan pergaduhan
demi menghapuskan kuasa jahat
iaitu Decepticon

Sekarang hari penentuan dan kita dah buat pendirian kita
buat masa kini, kuasa jahat
sudah diusirkan daripada bumi kita

Pergaduhan sudah berakhir tetapi peperangan baru nak bermula
Beginilah keadaannya hinggalah kita bersatu

(Chorus)
Transformers
Lebih daripada yg dijangkakan
Transformers
Robot yg sedang menyamar

Autobots memulakan pergaduhan
demi menghapuskan kuasa jahat
iaitu Decepticon


Haa... Amacam, best tak dapat belaja English? barulah tahu apa maksud lagu tu kan? kalo tak selama ni, asyik dengar mcm tu je... (sorilah kalo saya ada tersilap translate sbb saya pun masih dalam proses pembelajaran jugak). so kalo ada pembaca yg berminat nak tinggalkan komen, sila jgn malu2, saya amat menghargai komen anda... Silakan...

Thursday, January 3, 2008

Tujuan sebenor benornya blog music ini dihasilkan

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator






Bertemu kita sekali lagi didalam ruangan blog ini....

Ya, memandangkan blog ini masih baru lagi, maka saya amat2 mengalu-alukan cadangan dari para pembaca semua untuk meningkatkan lagi mutu blog ini. (yelah, tarikh blog pun baru lagi, Januari 2008) Saya pun bukannya pandai pun bina blog, ni antara blog saya yg terawal, so memang mengharapkan tunjuk ajar daripada rakan bloggers yg lebih senior. :)

Okaylah, memandangkan (baper kali memandang daa...) juga ini adalah sebuah blog music, maka saya amat menggalakkan jika ada pembaca yg ingin music kegemaran mereka di paparkan disini, sila postkan cadangan kepada saya. Ataupun lebih baik lagi, jika para pembaca sekalian ada link dia & lirik dia siap2, maka saya boleh terus je "paste" kan kat sini untuk tatapan semua.

Lupa plak nak terangkan apakah konsep blog music saya nih... Okay, ini dia, blog saya ni adalah tempat untuk sesapa saje menghantarkan cadangan lagu kegemaran yg dia minat (apa2 lagu jelah, lagu English ker, lagu BM ke, lagu Cina ke, lagu Hindustan ker. rock ke, alternative ker, grunge ker, zapin ke, balada ke, apa je pun boleh, janji lagu) DAN lagu tu SEHARUSNYA boleh ditranslatekan (diterjemahkan) dalam bahasa Melayu. (tu sebab nama blog ni pun ialah www.translatelagu.blogspot.com) so ni kira untuk terjemah lagu la nih.

Kalo nak bagi lagu bahasa lain ke bahasa lain pun boleh, tapi buat permulaan, keutamaan diberikan kepada mentranslatekan lagu English ke BM, yelah dah saya tahu 2 bahasa je, English dan BM je, kalo saya tahu bahasa lain, boleh buat untuk bahasa lain). So, tu sebab saya meminta bantuan daripada para pembaca sekalian, jikalo ada lagu yg korang nak disiarkan disini, katalah lagu Cina ke, maka korang kenalah tolong mentranslate kan lagu tu sbb dah bahasa Cina saya tak reti. :) Saya tahu bahasa Cina pun, tahu nak cakap "Wo Ai Ni" je, yg lain tak tahu. :)

So, tujuan saya buat blog music translation ni ialah, saya nak mengajar saya & juga para pembaca memahami Bahasa English dengan lebih elok lagi, sbb saya juga masih belajar English lagi, so dengan cara memahami lirik lagu English, ia sedikit sebanyak dapat membantu didalam vokabulari English kita. Bagi saya, untuk belajar English ni, antara cara yg terbaik ialah dengan mendengar lagu English yg kita suka, kalo dah suka, barulah kita berminat nak tahu apakah maksud yg dibawakan oleh lirik lagu tu, betul tak?

Saya tahu ramai yg kat luar sana yg meminati lagu English, tapi kekadang tu, tak faham maksud dia apa, tul tak? (saya pun 2 X 5 jugak, kekadang tak baper faham apa yg penyanyi tu dok nanyikan, lagi2 lagu rap, mencecet je laju mcm peluru) tahu nyanyi je, janji sedap didengar kat telinga, nyanyi je lah (kadang2 lirik pun tak betul, pakai belasah je sebut, janji melodi dia tu ada) . So, dengan adanya blog ini, diharapkan dapat menambahkan kefahaman korang dalam apakah erti sebenar yg dibawakan oleh lirik lagu tersebut. Sebab lirik lagu ni, kalo dikaji balik, memang ada membawa ertinya yg tersendiri, so pada masa yg sama, boleh belajar Bahasa English, kan dapat ilmu tu. So lain kali bila nyanyi lagu kegemaran korang, sekurangnya korang faham le apa yg disebutkan oleh lagu tu.

So, mana yg saya mampu translate, saya translatekan ler, English saya pun masih lagi ditahap pembelajaran lagi, banyak lagi vocab yg masih saya tak tahu, tu sbb diharapkan para pembaca boleh menyumbang sekali khidmat yg diperlukan.
So mcm tulah citernya lebih kurang...

Wednesday, January 2, 2008

Assalamualaikum dan Selamat Datang !!!

Translation lagu beserta lirik & muzik video!

↑ Grab this Headline Animator



Ye...
Inilah dia blog yg dinanti-nantikan oleh.... saya :) untuk meletakkan lagu2 kegemaran saya dan juga para pembaca sekalian. So, nantikan post2 yg akan datang untuk mengetahui lagu2 yang akan di'post'kan disini.
Sekian Terima Kasih