Monday, January 21, 2008
The Sweetest Thing - U2
Ya... Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca semua. bertemu lagi kita di ruangan blog Translate Lagu... ya, blog yg cukup hebat pada alaf ini . (ahakzz... Sori ler, sapa lagi nak angkat baldi kalo bukan diri sendiri, ye tak?)
So, kali ini kita dah sampai ke lagu kita yg ke 3 iaitu lagu "The Sweetest Thing" dendangan U2. Huh, Lagu ni memang ler best sbb irama dia yg bersahaja (ataupun dalam bahasa Omputeh, casual je irama dia) tak terlalu slow, tak terlalu rancak... lirik dia pun ada maksud tersendiri, saya pun tak baper faham sgt lirik dia, tapi translate jelah... kang kalo ada silap tu, diharap pendengar semua dapat memperbetulkan saya, ok?
Kali ini, berbeza dengan dahulu, saya cuba translatekan lagu ini kepada Bahasa Malaysia, tapi pada masa yang sama, saya cuba untuk mengekalkan irama / melodi lagu tersebut supaya, bila lagu ni dah translate jadi BM pun, para pembaca akan dapati bahawa lagu ini masih boleh dinyanyikan dengan menggunaka irama asal tanpa banyak "lari". So, ni kira susah ckit sbb nak cari perkataan yang sesuai pada masa yang sama tidak mengganggu irama lagu tu terlalu banyak.
Macam lagu yang sebelum sebelum ni, saya pakai translate jer tanpa memikirkan samada irama dia akan "masuk" atau tidak, so kali ini, saya nak supaya terjemahan itu sedikit sebanyak masih dapat mengekalkan iramanya. "lari2" skit tu normal lah :)
So, nanti dah translate ke Bahasa Malaysia pun, masih boleh nyanyi ikut irama asal, tu yg best tu, Ok, saya cuba buat, okay? kalo para pembaca ada ayat / perkataan yg lebih sesuai sila postkan komen anda dibawah ini, ok?
nanti cuba ler nyanyi depan kengkawan dalam Bahasa Malaysia lagu "The Sweetest Thing" ni, nanti mesti diorang pun pelik.. eh mana ko dapat lagu "The Sweetest Thing" dalam BM ni? haa, kan kelas gitu..
Ok, ini dia, "The Sweetest Thing" dendangan U2
The Sweetest Thing - U2 (Yang terindah)
Ku dicampak macam bola getah
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia takkan selamatkan ku
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia punyai awan yang cerah
Tapi awanku mendung
Dia sukakan cinta yang "kering"
Oh Oh Oh, Yang terindah
Kau kian hilang
Kau kian hilang
Cinta nan terindah
Ku nak lari, dia paksa ku merangkak
Oh Oh Oh, Yang terindah
Api kekal, ku jadi jerami
Oh Oh Oh, Yang terindah
Mata hitamku terbakar
Khas untuknya
Cintaku ialah cinta buta
Oh Oh Oh, Yang terindah
Kau kian hilang
Woo ho ahhh...Kau kian hilang
Cinta nan terindah
Cinta nan terindah
Aahey aaaah, aaa heyy
Budak laki jumpa budak pompuan
Oh Oh Oh, Yang terindah
Kau boleh "jahit",
tapi masih "koyak"
Oh Oh Oh, Yang terindah
Dia punyai awan yang cerah
Tapi awanku mendung
Cinta kita kerap "tengkujuh"
Oh Oh Oh, Yang terindah
duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu
duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu
duu duu duu duu, duu duu duu duu,...
duu duu duu duu duu duu duu duu
Oh.. Yang terindah
Oh.. Yang terindah
Hush, memang best!!! Tak caya, cuba korang mainkan balik lagu ni, (tekan je balik butang "Play" kat atas tu TAPI kali ni, tengok lirik yang Bahasa Malaysia punya, pada masa lagu itu dimainkan, cuba anda nyanyi pulak dalam Bahasa Malaysia mengikut lirik yg disediakan. Memang irama /melodi dia "masuk" sebab saya dah cuba utk terjemah tanpa "lari" banyak sangat. So, inilah hasil dia... nak nyanyi dalam Bahasa English pun best, nak nyanyi dalam Bahasa Malaysia pun best... tak caya? korang kena cuba try test sekali baru tahu jadi tak jadi !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Lagu kump U2 mmg best dari dulu hingga sekarang....
2 a 2, mmg best a lagu dia,
Post a Comment